Sunday, 11 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran                        :  Pendidikan Muzik
Tahun                                      :  4
Jumlah murid                          :  11 orang
Masa                                        :  0730 pagi – 0830 pagi   
Tarikh                                      :  25 Februari 2011
Tajuk  / Bidang                        :  Permainan alat perkusi secara muzikal
Hasil pembelajaran                  :   Murid-murid dapat :
                                                         Bermain alat-alat perkusi mengiringi lagu
Kemahiran                                 :  1) Bermain alat-alat perkusi ringan, dram getar dan dram tenor.
                                                    2)  bermain alat perkusi di atas mengiringi nyanyian mengikut corak 
                                                          irama  mudah dari segi detik, tekanan dan tempo
Pengalaman sedia                    :  1) murid-murid sudah tahu cara / teknik yang betul bermain alat-alat  perkusi
                                                             tersebut di atas.
                                                        2) murid-murid sudah tahu lagu “Pengakap Muda”
Impak                                         :     “Pengakap Muda”
Alatan                                        :      Radio, kaset lagu Tahun 4, dram getar, dram tenor, kerincing, kayu blok,
                                                           Kastenat.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Fasa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mengcungkil Idea (5 minit)
Guru membawa beberapa jenis alat perkusi dan meminta murid menamakan alat-alat tersebut.
Murid-murid menamakan alat-alat tersebut dan meminta murid mengeja dengan betul.
Teknik :
Penyoalan

Menstruktur/
Menstrukur semula
(30 minit)

1. Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan kecil.
2. Guru membahagikan alat-alat perkusi kepada setiap murid dalam setiap kumpulan.
3. Guru memainkan kaset ”Lagu Pengakap Muda”.
4. Guru membimbing murid membaca skor pada buku teks.
5. Guru membimbing murid memainkan alat-alat perkusi mengikut kumpulan muzik masing-masing.
6. Guru mengulangi langkah 3, 4 dan 5 dengan kumpulan muzik yang lain berulang-ulang sehingga murid mahir.
7. Guru mamainkan kaset lagu ” Pengakap Muda” dan menyuruh muird-muird memainkan alat perkusi masing-masing mengiringi lagu tersebut berdasarkan skor  dan kaset.







Murid-murid mendengar.

Murid mendengar penerangan guru.

Murid-murid bermain alat-alat perkusi.





Murid-murid memainkan alat-alat perkusi mereka masing-masing mengiringi lagu ”Pengakap Muda”
Strategi  / Teknik :

Aplikasi Idea
( 15 minit)
1 Guru menaksir kefahaman murid dengan memberikan menyuruh murid memainkan alat perkusi mengiringi lagu secara berkumpulan sebagai penaksiran. 
2.Guru meningkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara murid.
Murid-murid ditaksir secara berkumpulan.
Strategi / Teknik :
Pemerhatian



Refleksi/
Penutup
(10 minit)
Guru menyuruh semua kumpulan bermain alat-alat perkusi masing-masing dan mengiringi lagu.




REFLEKSI:
Bagi tajuk Pendidikan Muzik ini, guru telah mengulangkaji pengetahuan sedia ada murid dengan membawa beberapa jenis alat perkusi.  Ini berjaya menaikkan semangat murid untuk mempelajari pendidikan muzik. Murid-murid tidak sabar-sabar lagi hendak memainkan alat-alat perkusi tersebut.  Peluang yang diberikan oleh guru untuk memainkan alat-alat perkusi tersebut mampu menarik minat murid-murid.
Kekuatan:
Secara keseluruhan, pelajaran ini berjaya menarik minat murid-murid terutama sekali murid-murid yang sememangnya meminati seni muzik.  Peluang yang diberikan oleh guru untuk memain alat-alat perkusi untuk mengiringi lagu “Pengakap Muda’ dipergunakan sepenuhnya dengan penuh minat.  Ini bukan sahaja membolehkan mereka menunjukkan bakat tetapi juga membantu membina keyakinan diri setiap murid.

Kelemahan:
Terdapat di kalangan murid yang menghadapi masalah terutamanya apabila memainkan alat perkusi untuk mengiringi lagu.  Mereka tidak dapat membaca skor lagu dengan tepat sambil memainkan alat-alat perkusi. Mereka hanya menggunakan kemahiran mendengar sahaja.  Ini memerlukan masa untuk membolehkan murid-murid mahir memainkan alat-alat perkusi di samping membaca skor muzik dengan lancar.

Langkah Mengatasi:
Murid-murid akan diberikan lebih banyak peluang untuk memainkan alat-alat perkusi. Peluang dan latihan yang banyak akan memahirkan murid-murid supaya dapat memainkan alat perkusi dengan baik di samping dapat belajar membaca skor lagu dengan tepat.


No comments:

Post a Comment